Tarbiyah ‘ruhiyah’
diimbangi dengan tarbiyah ‘aqliyah’ yang berorientasi pada :
- Peningkatan kapasiti intelektual.
- Meluaskan wawasan pengetahuan.
Tarbiyah ‘aqliyah’
meliputi tiga perkara pokok :
- Kefahaman pengetahuan Islam yang sempurna dan lengkap.
- Kefahaman pengetahuan moden.
- Kefahaman hubungan antara pengetahuan Islam dan pengetahuan moden (pengetahuan persiapan).
Dengan ketiga-tiganya, dibentuk peribadi
muslim yang berpengetahuan dan sanggup mengamalkan ilmunya.
Kaum muslimin sangat
memerlukan pakar-pakar pengetahuan dalam berbagai bidang untuk mengejar ketinggalan dalam
teknologi.
Ilmu pengetahuan dan teknologi merupakan wasilah untuk tegaknya masyarakat Islam. Ini tidak bererti seorang muslim perlu mengekor pada sistem dan
budaya tamadun
lain yang telah maju di bidang
ini.
Sistem Islam yang sempurna telah memberi kerangka landasan
untuk menegakkan ilmu pengetahuan dan teknologi itu.
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan
silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang
yang mempunyai fikiran”.
(QS Ali Imran : 190)
Islam memandang bahwa
ilmu pengetahuan merupakan milik manusia sejagat.
Suatu kurniaan Allah yang secara konsepnya telah dipersiapkan pada diri manusia.
Orang yang beriman bahkan yang paling berhak dengan ilmu itu.
Mereka berkewajiban mengarahkan ilmu dan teknologi agar dipergunakan sepenuhnya
dalam ibadah mentaati Allah.
Tarbiyah harakiyah seharusnya dapat memanfaatkan
seluruh potensi yang disediakan Allah di alam
semesta ini untuk menegakkan Islam.
Potensi ini telah dirampas dan disalahgunakan oleh
musuh-musuh Allah kerana keunggulan mereka dibidang teknologi. Orang yang beriman hendaklah
mampu mengambil alih halangan teknologi yang
memang milik
mereka itu.
Oleh
yang demikian, tarbiyah ‘aqliyah’
mewujudkan orang-orang mukmin
yang berpengetahuan dalam berbagai bidang.
Mereka berjuang
dijalan Allah dengan menyumbang dari sudut keahlian
masing-masing, bahu membahu dan saling melengkapi dalam beramal jama’ie.
Ruh dan akal yang
sempurna hanya dapat diwujudkan setelah melalui rintangan, cobaan dan ujian di arena aktiviti.
Persiapan jiwa dan
kematangan intelektual tidak bererti
apa-apa sebelum
diuji di medan jihad.
Oleh
kerana itu, Tarbiyah Islamiah
Harakiah sesuai dengan nama dan karakteristiknya perlu terus berlangsung dalam amal dan gerakan, tidak boleh berhenti walau sedetikpun. Di sinilah tarbiyah ‘amaliah’
mengambil peranannya.
Setiap peribadi muslim mesti
terdidik untuk bergerak secara teratur dan
berdisiplin tinggi di setiap langkah. Gerakan ini laksana seorang tentera yang mematuhi komandannya.
Ia adalah tentera
Allah yang :
- Taat pada perintah-perintahNya.
- Bersedia melaksanakan arahan-arahan yang diberikan oleh Rasulullah saw dan gerakan Islam.




No comments:
Post a Comment