Kita ini hamba yang sentiasa berbuat dosa kepada-Nya hampir setiap saat dan waktu. Kita ini hamba yang selalu leka dengan segala perintah-Nya siang dan malam. Kita ini hamba yang sering lalai dalam melaksanakan ibadat kepada-Nya setiap hari dan setiap ketika. Kita ini leka dengan segala yang ada di atas dunia ini. Kita terlupa bahawa dunia ini hanya tempat persinggahan semata-mata. Kita ini sering terlupa bahawa segala amalan yang kita lakukan di dunia ini akan disoal di akhirat sana.
Firman Allah SWT maksudnya : “Dan tiadalah
kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan
sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa.
Maka tidakkah kamu memahaminya?” (Surah Al-An’Am ayat 32)
Moga syukur kita bertambah
Adakah kita tidak malu, di saat diri kita ini sarat dengan segunung dosa. Dia tetap menyayangi kita. Dia tetap memberi kita pelbagai nikmat kurniaan-Nya. Tidak pula di saat kita berbuat dosa itu, Allah terus menebalikkan segala isi bumi ini sepertimana kisah-kisah yang menimpa umat-umat terdahulu. Tidak pula di saat kita berbuat dosa itu, Allah terus menghantar malaikat maut untuk mencabut nyawa kita. Allahu Akhbar.
“Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan
menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka
sesungguhnya seksa Aku amat pedih.”
(Surah Ibrahim, ayat 7)
Manusia yang melakukan kesalahan jenayah akan dimasukkan ke dalam
penjara. Mereka menjalani hukuman di dalamnya. Jangan kita terlupa
bahawa kita juga insan yang sering berbuat dosa. Cuma Allah tidak
membuka aib kita kerana rahmat dan pengampunnya Allah SWT, jika Allah
membuka aib kita semua, nescaya tidak muatlah penjara itu. Bertaubatlah,
sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.(Surah Ibrahim, ayat 7)
Merasa Sentuhan Kasih Sayang Allah
Saat Allah menimpakan sedikit ujian kepada kita, kita terasa bahawa ujian yang diberikan kepada kita itu sangatlah berat dan sangatlah tidak mampu ditanggung. Seolah-olah tidak ada masalah lain yang lebih berat daripada masalah kita. Namun, kita terlupa menghitung akan hikmah yang tersembunyi di sebalik ujian itu.
Alangkah indahnya kalau dapat kita fahami bahawa
setiap inci ujian yang kita alami adalah sentuhan kasih sayang daripada
Allah. Tidak pernah sekalipun ujian datang untuk menjauhkan hamba
daripada Tuannya, bahkan untuk menjadikan manusia ingat dan dekat kepada
Pencipta.- KhadimulQuran
Kasih Sayang-Nya Yang Abadi
Ketahuilah bahawa apabila kita masuk syurga kelak bukannya kerana amal ibadat kita, bahkan ia adalah kerana rahmat dan kasih sayang Allah. Jadi adakah kita perlu berhenti dari melakukan amal ibadat kita. Sudah tentu tidak! Malah, untuk memperoleh rahmat Allah itu, kita hendaklah melakukan amal ibadat. Rahmat Allah itu sentiasa dekat dengan orang yang berbuat kebaikan.
Percayalah bahawa Allah itu sentiasa menyanyangi hamba-hambanya yang taat, Jika Allah tidak menyayangi kita, mana mungkin turun pelbagai jenis nikmat kurniaan-Nya kepada kita. Mungkin sahaja Allah langsung tidak mengizinkan kita berpeluang untuk hidup di bumiNya, apatah lagi untuk merasa nikmat iman dan Islam. Allahu Akhbar. Jangan pernah berhenti menyebut Alhamdulillah.
Allah itu sentiasa menyayangi kita
jika Allah tidak sayang
Dia tidak akan memberi pelbagai nikmat kurniaan-Nya kepada kita
mungkin juga kita tidak diberi peluang untuk hidup di atas muka bumi ini
^____^




No comments:
Post a Comment