Saturday, October 13, 2012

pesanan untuk bersama ^__^

seorang gadis yg sayang akan ayahnya  pasti akan menutup aurat kerana dia tidak mahu ayahnya diseret ke dalam api neraka
begitu juga wanita yang sayang akan suaminya pasti akan menutup aurat  kerana tidak mah suaminya diseret ke dalam api neraka 
 
ingatlah pesanan berikut :

*Untuk menjadi orang yang paling alim kamu hendaklah

takut kepada Allah SWT, takut akan azab dan seksaan-Nya.

*Untuk menjadi orang yang istimewa disisi Allah SWT hendaklah kamu sentiasa berzikir kepada Allah SWT siang dan malam, basahkan lidahmu dengan menyebut nama-Nya.
  
*Untuk menjadi orang yang paling baik dan berguna, peruntukkanlah masamu berkhidmat pada masyarakat yang memerlukan baktimu.

*Untuk menjadi orang yang paling adil pada orang lain, kamu hendaklah mengasihi orang lain seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.

*Untuk mendapat kesempurnaan iman kamu hendaklah perelok dan perbaiki akhlak kamu. Sesungguhnya akhlak dan iman tidak dapat dipisahkan.


No comments:

Post a Comment