copy n paste*__*
Ada beberapa keadaan yang boleh dilakukan korban bagi pihak si-mati :-
a. Jika si-mati telah meninggalkan wasiat agar wang yang ditinggalkan
itu digunakan untuk amalan korban, hendaklah mereka yang hidup melakukan
bagi pihak si-mati.
b. Ketua
rumah juga boleh melakukan korban bagi pihak dirinya dan keluarga,
termasuklah keluarganya yang masih hidup dan yang telah mati.
c. Melakukan korban secara suka rela dan berasingan kepada si-mati diperbolehkan berdasarkan umum maksud hadith dibawah ini :-
إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية ، أو علم ينتفع به ، أو ولد صالح يدعو له
“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3
perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memunafaatkannya, atau Anak
soleh yang mendo’akan keatasnya” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu
Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].
al-Lajnah
al-Daaimah mengatakan bahawa korban ini juga merupakan amalan sedekah
yang ganjarannya boleh memberi kesan kepada si-mati.
Ada satu
komentar menarik yang diutarakan oleh Syiekh Ibn Utsaimin rh didalam
membicarakan bab korban kepada si-mati. Selain dari 3 keadaan yang
dinyatakan diatas, beliau tidak nampak wujudnya sunnah amalan melakukan
korban khas kepada si-mati, walaupun atas dasar mereka yang disayangi.
Nabi saw tidak pula melakukan korban bagi pihak isterinya, Khadijah ra.
yang telah meninggal, atau pun melakukan korban bagi pihak bapa
saudaranya Hamzah ra [Risaalat Ahkaam al-Udhiyah wa al-Dhakaah]. Ini
menjelaskan bahawa amalan korban ini merupakan amalan yang berkait rapat
dengan orang hidup.
Jadi bagi saya yang daif, terlebih baik dan terlebih afdal, lakukan korban untuk keluarga kita yang masih hidup. Wallahu A'lam
b. Ketua rumah juga boleh melakukan korban bagi pihak dirinya dan keluarga, termasuklah keluarganya yang masih hidup dan yang telah mati.
c. Melakukan korban secara suka rela dan berasingan kepada si-mati diperbolehkan berdasarkan umum maksud hadith dibawah ini :-
إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية ، أو علم ينتفع به ، أو ولد صالح يدعو له
“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memunafaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].
al-Lajnah al-Daaimah mengatakan bahawa korban ini juga merupakan amalan sedekah yang ganjarannya boleh memberi kesan kepada si-mati.
Ada satu komentar menarik yang diutarakan oleh Syiekh Ibn Utsaimin rh didalam membicarakan bab korban kepada si-mati. Selain dari 3 keadaan yang dinyatakan diatas, beliau tidak nampak wujudnya sunnah amalan melakukan korban khas kepada si-mati, walaupun atas dasar mereka yang disayangi.
Nabi saw tidak pula melakukan korban bagi pihak isterinya, Khadijah ra. yang telah meninggal, atau pun melakukan korban bagi pihak bapa saudaranya Hamzah ra [Risaalat Ahkaam al-Udhiyah wa al-Dhakaah]. Ini menjelaskan bahawa amalan korban ini merupakan amalan yang berkait rapat dengan orang hidup.
Jadi bagi saya yang daif, terlebih baik dan terlebih afdal, lakukan korban untuk keluarga kita yang masih hidup. Wallahu A'lam




No comments:
Post a Comment