Tarbiyah ‘amaliyah’
meliputi pembinaan jasmani agar :
- Bersedia melaksanakan dakwah dan latihan–latihan.
- Berdisiplin dengan perintah.
- Bersedia untuk berkorban agar terlaksana amal Islami.
MURABBI YANG
MENGHIDUPKAN SEMULA RUH DAN CAHAYA AL QUR’AN
Sekarang mari kita lihat bagaimana ruh dan cahaya Al
Qur’an itu kembali dapat dihidupkan dalam jiwa orang-orang yang beriman
sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah saw.
Mari kita susuri apa yang telah dicatatkan oleh Ahmad
Isa ‘Asyur sepanjang interaksi beliau dengan Imam Hasan Al Banna.
“Sebenarnya saya mendengar tentang lelaki ini sejak
sebelum beliau memindahkan dakwahnya dari Ismailiyah ke Kaherah.
Beliau seorang da’ie yang sukar dicari bandingannya.
Kaki beliau kukuh dalam menyebarkan dakwah Islam. Saya sangat merasakan
pengaruh yang positif dari beliau dalam perbaikan masyarakat. Itulah Imam
Syahid Syeikh Hasan Al Banna (semoga Allah melimpahkan rahmat kepada beliau dan
memasukkan beliau ke dalam syurgaNya yang luas, bersama para Nabi, shiddiqin,
syuhada dan orang-orang soleh).
Saya berkenalan dengan beliau di Kaherah. Saya sering
menghadiri ceramah yang beliau sampaikan di Markas Am Ikhwanul Muslimin setiap
hari Selasa, yang akhirnya dikenali sebagai “Haditsuts Tsulatsa” atau yang beliau lebih suka
menyebutnya “Atifatuts
Tsulatsa”.
Hari Selasa
adalah hari-hari yang menjadi saksi. Ribuan orang berkumpul dari berbagai
penjuru Kaherah, Iskandariah hingga ke Aswan, bahkan dari luar Mesir. Mereka
semua ingin mendengar dari Hasan Al Banna.
Maka, ia
naik ke atas mimbar dengan jubah dan serban putihnya, lalu sejenak melemparkan
pandangan beliau kepada seluruh hadirin, sebelum kemudiannya suara itu
menggaung dengan kekuatan jiwa yang penuh dan kalimat-kalimat yang menyihir,
yang segera merasuk dalam hati para pendengar.
Suara itu
tidak bertumpu pada retorik semata-mata, juga tidak membakar emosi dengan
teriakan bahkan suara itu sepenuhnya bertumpu pada :
a. Kebenaran.
b. Membangun
semangat.
c. Meyakinkan
akal.
d. Menggelorakan
jiwa.
Suara itu
penuh :
1. Dengan
makna bukan dengan kata-kata.
2. Dengan
ketenangan bukan dengan provokasi.
3. Dengan
hujjah bukan dengan hasutan.
Sehingga
setiap orang yang pernah mendengarnya sekali, pasti akan terus mengikuti
ceramah-ceramah itu secara rutin, walaupun dalam kesibukan dan halangan-halagan
lainnya.
Saya adalah salah seorang dari mereka yang terpesona
dan teruja mendengarkan ceramah beliau, sehingga muncul keinginan pada diri
saya untuk menyadurnya ke dalam majalah “I’tisham”.
Meskipun pada masa itu (1940), orang ramai belum
mengenali alat perakam, Allah telah memberikan taufiq kepada saya untuk
menyadurnya dengan cara yang jauh lebih baik dari seni kewartawanan.
Saya tidak mengerti dan tidak pernah mempelajari ‘Stenografi’ dari sesiapapun. Keinginan saya itu wujud
semata-mata kerana ilham dan taufiq dari Allah swt agar saya berbahagia dengan
terpeliharanya warisan agung ini.
Semoga ia menjadi catatan amal baik saya. Maka, sejak
saat itu, saya mulai mencatat ceramah hari Selasa itu sepanjang hidup Imam
Syahid hingga menjelang wafatnya.,
Saya mempunyai
suatu kebiasaan, iaitu datang ke Markas Ikhwanul Muslimin menjelang Maghrib
untuk melaksanakan solat jamaah.
Suatu
ketika, setelah azan dan iqamah, Imam Syahid pernah meminta saya mengimami solat.
Saya menolak kerana malu dan segan kepada beliau.
Beliau
akhirnya berkata, “Solatlah dengan
perintah!”
Maka tidak
ada pilihan lagi bagi saya kecuali melaksanakan perintah dan mengikuti
keinginan beliau tersebut.
Setelah solat,
saya kembali bersama para hadirin mendengarkan ceramah beliau. Di antara
mereka, saya adalah satu-satunya orang yang mencatat ceramah itu. Meskipun
demikian, saya tidak meminta tempat khusus untuk menulis. Saya duduk di bahagian
paling belakang dalam majlis tersebut.
Ada satu perkara
yang bertentangan yang begitu menakjubkan, iaitu saya sentiasa dikejutkan oleh
berakhirnya ceramah beliau. Saya dapat mengira bahwa perkara yang sama
dirasakan pula oleh para hadirin yang lain.
Itu berlaku lantaran
beliau menarik perhatian para pendengar di akhir ceramah dengan gaya yang lebih
memikat daripada yang digunakan beliau untuk menarik perhatian mereka di awal
ceramahnya. Saya tidak mengetahui apa rahsianya. Tetapi, itu merupakan salah
satu kelebihan beliau yang paling menonjol berkat kurniaan Allah yang diberikan
kepada siapa sahaja di antara hamba-hamba yang dikehendakiNya.
Pada tahun
1945, Allah telah memberikan taufiq kepada saya untuk melaksanakan kewajiban
haji. Satu pertubuhan iaitu “Jam’iyah Syar’iyah” memberikan
kehormatan kepada saya untuk memimpin delegasinya.
Di sana saya
berjumpa dengan Imam Syahid, di Tanah Haram. Saya mendengarkan beberapa ceramah
yang disampaikan oleh beliau di penginapan “Mesir” di Makkah bersama para
pimpinan delegasi Islam atas undangan beliau.
Saya juga
mendengarkan ceramah beliau di Mina, Madinah Al Munawarah dan di Darul Hadits.
Semua ceramahnya saya catat.
Perlu juga saya
sebutkan di sini bahwa delegasi-delegasi itu berdatangan dari berbagai penjuru
iaitu dari Indonesia, Sri Lanka, India, Madagaskar, Nigeria, Cameroon, Iran dan
Afghanistan.
Mereka
berkenalan dan berkumpul dengan beliau. Beliau berbincang dengan setiap
delegasi mengenai masalah-masalah yang menjadi pusat perhatian mereka serta
masalah utama yang mereka hadapi. Beliau menarik perhatian mereka, seakan-akan
beliau datang dari negeri mereka, bukan mereka yang datang kepada beliau. Oleh
kerana itu, adalah wajar jika ramai orang berpandangan bahwa Hasan Al Banna
merupakan peribadi yang unik di tengah-tengah manusia, bahkan di kalangan para
pemimpin.
Dengan watak
dan karakternya, beliau telah mengukir sejarah dan mengubah arah perjalanannya.
Beliau juga tergolong unik ketika wafat kerana tidak ada seorangpun yang melakukan
solat jenazah untuknya di masjid kecuali ayahnya. Tidak ada seorangpun di
antara para pengikut beliau yang memenuhi dunia pada waktu itu yang berjalan di
belakang jenazah beliau lantaran sebuah alasan yang cukup memeritkan iaitu kerana
mereka pada masa itu sedang memenuhi penjara.
Walaupun
Imam Hasan Al Banna telah meninggal dunia, namun pemikiran beliau tidak mati. Pengaruh beliau masih wujud dan terus
berkembang secara berterusan dalam generasi-generasi yang dicetak oleh beliau dengan
cara moden dan terserlah dalam perkembangan gerakan Islam yang mempengaruhi dunia,
di mana beliau merupakan peribadi yang pertama kali menabur benihnya.”
Sesungguhnya
beliau telah menghasilkan dan mencetak ‘Rijal’ yang menjadi buku yang
berjalan yang memberikan manfaat bagi siapa sahaja yang bersentuhan dengannya.
Dari didikan dan tempaannya, lahirlah “Rijalud Dakwah” yang tersebar di
seluruh dunia.
Di antara
mereka, ada yang menjadi :
a. Ahli
fiqh seperti Abdul Qadir Audah, Abdul Halim Abu Syuqqah dan Yusuf Al Qardhawi.
b. Ahli
Hadith seperti Muhibuddin Al Khatib dan Abdul Fattah Abu Ghuddah.
c. Pemikir
dan penulis yang unggul seperti Sayyid Qutb, Muhammad Qutb, Muhammad Al
Ghazali, Taufiq Yusuf Al Wa’iy, Fathi Yakan dan lain-lain.
Sungguh,
Hasan Al Banna adalah ‘mujadid’ (pembaharu)
Islam di abad ke dua puluh.
Ya
Allah, kekalkanlah warisan agung Tarbiyah Islamiyah yang ditinggalkan oleh Rasulullah
saw dan kemudian diteruskan oleh para sahabat baginda, para ulama’ ummah dan
pejuang dan mujahid yang datang bersilih ganti sehingga kami tetap berada di
atas jalanMu yang lurus bersama para kafilah dakwah dan tarbiyah sehingga kami
menemuiMu dalam keadaan Engkau ridha kepada kami.




No comments:
Post a Comment