Wednesday, October 10, 2012

Sejarah cinta Nabi Yusuf a.s. dgn Zulaikha



Nabi Yusuf a.s. dipenjara oleh Al-Aziz, pembesar Mesir yg merupakan suami Zulaikha kerana peristiwa Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf a.s. dengan menarik baju yg dipakainya sehingga terkoyak di belakang.

Dengan izin Allah, seorang bayi yg kebetulan ada di situ berkata2 dan membersihkan nama Nabi Yusuf a.s. yang suci. Selepas peristiwa itu, Zulaikha men
jadi gila kerana tidak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf a.s. hingga Al-Aziz terpaksa melepaskannya.

Setelah 12 thn, Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dan akhirnya dilantik menjadi raja. Pada suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf a.s. berjalan2 dipasar. Baginda terjumpa seorang perempuan tua yg gila dan asyik menyebut2 namanya. Rupa2nya perempuan itu ialah Zulaikha.

Dengan izin Allah, Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf a.s. dan mereka berkahwin. Setelah peristiwa itu, Zulaikha menemui cinta yg lebih abadi. Dia benar2 bersyukur kerana Allah SWT telah memberi peluang kedua padanya.

Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf a.s. luput, digantikan dengan cinta kepada Allah SWT. Masanya dihabiskan dgn bermunajat kepada Allah sehingga tidak memperdulikan Nabi Yusuf a.s. yg suatu waktu dulu digilainya.

Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf a.s. menarik baju Zulaikha yg asyik beribadat. Kemudian Nabi Yusuf a.s. memberitahu Zulaikha bahawa dari mereka akan lahir nabi-nabi yg akan membawa kebenaran.



Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

No comments:

Post a Comment