Friday, October 12, 2012

menjadi anak-anak yang soleh dan solehah

tidak ramai yang tahu..mengenai tanggungjawab ibu bapa kepada anak di dalam memastikan mereka ini mendapat kefahaman dan ilmu Islam sebenarnya..dan anak-anak itu mengamalkan Islam sebagai agama pegangan hidup mereka..berlandaskan kepada Al-Quran dan sunnah…mematuhi syariat Allah.

Mendidik anak-anak mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah…perlu dingat anak yang soleh dan solehah itu hanya dapat dimiliki sekiranya anak-anak kita:

1- Mematuhi dan tunduk kepada peritah Allah.
2- Menyintai dan mengamalkan sunnah Nabi saw
3- Mencontohi akhlak dan kesabaran Nabi saw dan ahli keluarga baginda yang sering diuji Allah
4- Menjadi anak yang menghafaz..mengkaji dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran
5- Menjadi anak yang mengenal halal dan haram ..jahat dan baik
6- Menjadi anak yang menghormati dan berbakti kepada kedua ibu bapa di dunia dan akhirat.

Sabda Nabi saw:

أَدِّبوا أولادَكُم عَلى ثَلاثِ خِصالٍ: حُبِّ نَبيِّكُم وَحُبِّ أَهلِ بَيتِهِ وَقِراءَةِ القُرآنِ؛


Ertinya :

Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara...cintakan Nabi saw,dan cintakan keluarga Nabi saw..dan membaca al –Quran....

No comments:

Post a Comment