Seperti yang kita sedia maklum, Allah menjadikan kita berpasangan. Sudah menjadi lumrah semula jadi, kita suka kepada manusia berbeza jantina daripada kita. Sekiranya kita lelaki, kita suka kepada perempuan begitulah sebaliknya. Allah menghalalkan hubungan intim antara lelaki dan perempuan dengan syarat kita memenuhi syarat-syarat sah nikah tersebut.
Kita lebih memerlukan duit selepas berkahwin. Oleh itu, cukup sekiranya jumlah belanja untuk perkahwinan sekadar memnuhi keperluan hukum Allah.
Kadang² kita lupa mengenai syarat sah nikah kerana kita sibuk menguruskan hal lain sebelum mahu melangsungkan perkahwinan. Sedangkan syarat sah nikah mengikut Islam itu sendiri sangat mudah. Untuk yang sudah mempunyai anak, sesuai juga di ingatkan pada anak² supaya sampai masanya nanti mudah untuk melangsungkan perkahwinan. Ini juga soalan biasa yang Tok Kadi tanya pada pengantin lelaki.
Syariat Islam itu umpama landasan rel kereta api yang perlu supaya kereta api menuju dan tiba ke destinasinya. Landasan itu adalah al-Quran dan sunah yang ditinggalkan oleh nabi kepada umat Islam. Nabi pernah berpesan, ” Aku tinggalkan kepada kamu perkara itu, kamu tidak sesat selama-lamanya, iaitu al-Quran dan sunahku.”
Landasan yang salah mendatangkan kesempitan serta penderitaan dalam hidup. Gerabak kehidupan kita terbatas tanpa landasan. Nabi Muhammad berkata, “Nikah itu sunahku. Siapa yang tidak mengerjakan sunahku, dia bukan daripada golongan aku.”
salah satu soalan tok kadi :
Rukun Nikah
- Calon suami, iaitu lelaki.
- Calon isteri, iaitu perempuan.
- Wali.
- Dua orang saksi.
- Ijab dan kabul, iaitu akad.
“BARAKALLAHU LAKUM WA BARAKA ‘ALAIKUM (SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KEBERKAHAN PADA KALIAN DAN SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KEBERKAHAN ATAS KALIAN"
Alhamdulillah selamat sudah ^_^
Barakah KEPADA kamu Barakah KEATAS kamu DIKUMPULKAN kalian dalam kebaikan
“Semoga barakah KEPADA kamu”, adalah doa buatKEGEMBIRAAN yang bakal mereka terima buat perkara-perkara yang mereka sukai dari perkahwinan itu, dan “Semoga barakah KEATAS kamu” pula adalah doa buat KESUSAHAN, KESEDIHAN, ONAK DURI dan CABARAN yang bakal mereka hadapi dari perkahwinan itu! Dan akhir sekali adalah doa semoga mereka dikumpulkan dalam kebaikan…
Subhanallah doa yang diajarkan nabi ini merangkum SEMUA aspek, duniawi dan ukhrawi, realiti dan fantasi! Perkahwinan dan pernikahan adalah bukan semata-mata janji-janji indah yang bakal diterima oleh pasangan melainkan sebuah keindahan dalam pahit manis sebuah pengabdian. Ingatlah wahai diri dan teman-teman, tanggungjawab untuk yang mahu menghuni syurga tidak seringan dan semudah yang kita sangka. Kita harusUSAHA, REDHA, SABAR dan SYUKUR dengan segala nikmatnya…
lia: aku doakan semoga hang menjadi seorang isteri yang solehah di dunia & akhirat ..
pejal: umm jage sahabat aku baik2 na!! ok selamat melayari bahtera rumah tangga ^_^
lepas ni : tunggu dan lihat turn sape lak hehe








No comments:
Post a Comment