Wednesday, September 18, 2013


Banyakkan bersabar...


adek2 aku bukanlah beban bagi aku tetapi merupakan amanah daripada Allah , sekali pun tidak terlintas di hati aku mengatakan mereka merupakan beban bagi aku , sedangkan apabila mereka tiada, warna warni kehidupan aku bagaikan tiada lakarannya. cuma yang aku risaukan aku x dapat jaga amanah Allah ini dengan sebaiknya , ya mungkin pengalaman membuatkan aku lebih matang daripada usia ku ... yang aku bimbangkn adek aku yang meningkat remaja , ye la macam yang kita tahu  budak2 yang meningkat remaja ini semuanya ingin dicuba , aku risaukan keadaan dia yang x nak dengar pendapat n nasihat aku, semua yang dia nak buat ikut sesuka hati tambahan pula melihat kawan2  nya  yg agak mengecewakan & menambahkan kebimbangan aku. terkadang rase putus asa muncul secara tiba2 , dah x de point untuk menegurnya. Ya Allah dikau lembutkan lah sedikit hatinya untuk mendengar pendapatku.. sesungguhnya aku tidak mempunyai kuasa untuk mengubahnya melainkan dengan kekuasaanMu .. irfan & morsi macam mane pon walaupon kite adek beradik se bapak ikatan itu sangat kuat akk sayang korang same dengan akk syg ecah & arif, x de bezanya n korang bukan beban untuk akk tapi korang adelah amanah Allah untuk akk , dengan adenye korang juga akk dpt menambahkan ilmu pengetahuan untuk kehidupan akk seterusnya kelak  blaja..blaja..blaja...selain dari pade tu jugak dapat menguji kesabaran akk same ada akk tabah atau pon tidak. kalau akk merungut abis laa pahale akk kan? umm.. risau jugak tu,..
kepada ibu, walaupon ibu merupakan ibu tiri mira  tetapi mira tetap sayang kat ibu dan memang sewajibnya mira hormat dekat ibu ,mira harap sangat ibu dapat berubah , bukan berubah ape cume mira nak ibu berubah dapat menutup aurat dengan lebih sempurna sesungguhnya mira x dapat nak tegur sesuke hati takut2 ibu terase hati, mira taknak lah hubungan kite renggang disebabkan teguran2 mira kelak tapi yang lagi mira risaukan di akhirat nanti, ibu akk tarik mira cz x tegur ..itu yang mira takutkan .. mengenai teguran mira baru2 ni walaupon nampak simpel tapi harap sangat ibu terkesan sedikit agar kita same2 dapat berubah ke arah kebaikan .bukan mira nak ibu pakai tudung labuh tapi kalau ye Alhamdulillah setidak2 nya dapat tutup dengan sempurna sudah memadai pada peringkat awal  ni , mungkin ibu terkesan masa ibu kate "ibu suke pakai selendang , x minat pakai tudung yg sarung sekarang ni "tudung endon la senang" bukan tudung yang menjadi masalahnya ,mira suke tgok org pakai selendang tapi pakailah skaf kan lebih cantik, molek gitu kan.
buat mase ni aku hanyalah dapat mencegahnya dengan hati. mintak maaf sangat2 sekiranya ia menyakiti.

Pengertian Hadis
عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ

Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran
maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah
dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu
maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman
Hadis sahih riwayat Muslim
aku terkesan dengan prof mase dalam kelas b.I aritu.. kite kene tegur orang2 yang melakukan kemungkaran ,tetapi yang lebih kita kene utamakan keluarga kita terlebih dahulu barulah orang2 yang berada di sekeliling kita.. setelah keluarga kita mengikut syariatnya baru lah yang lain sebab ini merupakan amanah, mahulak kita dipersalahkan di akhirat kelak ?? disebabkan tidak menegurnya???...



 BESI itu kuat tetapi API mampu meleburkannya. 
 API itu kuat tetapi AIR mampu memadamkannya.
 AIR itu kuat tetapi AWAN mampu menyerapnya.
 AWAN itu kuat tetapi ANGIN mampu menolaknya.
 ANGIN itu kuat tetapi BUKIT mampu menghalanginya.
 BUKIT itu kuat tetapi MANUSIA mampu menghancurkannya.
 MANUSIA itu kuat tetapi NAFSU mampu menundukkannya.
 NAFSU itu kuat tetapi IMAN mampu mengalahkannya.
 Tetapi bila IMAN KUAT tiada apa yang mampu menguasai nya.
 InsyaaAllah.




No comments:

Post a Comment