Wednesday, September 25, 2013

coretanku hari ini

assalamualaikum ..Bismillahirrahmanirrahim...
 Alhamdulillah syukur aku masih dapat bernafas hari ini, menghirup udara segar dan menikmati keindahan ciptaan Allah yang maha besar. mungkin sebelum2 ni post aku banyak menyentuh bab hati dan perasaan yang mana aku hanyut dalam dunia aku sendiri, kini aku bagaikan tersedar dari lena yang panjang...
Wahai Allah Yang Maha Pemurah, Pencipta Sekalian Alam..
Sekali termenung mengimbau kembali setiap inci dosa yang banyak tak terkira, hingga gugur airmata keinsafan yang lama tak mengalir, membuatkan aku sedar dan yakin bahawa aku amat memerlukanMu ya Allah..
 berharap agar aku tidak leka n lena seperti sebelum ni menulis hanya mengikut perasaan yang muncul tanpa di undang Ya Allah dikau ampunilah dosa2 ku.. banyak lalai ku dari mengingatimu. bawalah aku kembali ke jalanmu, berilah taufiq dan hidayah keatask agar aku terus mentaatiMu bimbingilah aku ke jalan yang dikau redhai..


ya Allah mungkin sekarang ini kesabaranku amat mengecewakanMu sesungguhnya Ya Allah  Dikau ampunilah segala dosa2 ku.. ""Ya Allah x tau la kenape minggu ni kesabaranku terhadap budak2 kat sekolah senipis kulit bawang??? rase nak marah je klau mereka x focus dalam kelas aku, selama ni aku boleh mereset minda mereka sejenak membawa terbang ke angkasa dan kembali semula ke pangkal jalan (blaja) semula..tapi ape yang terjadi hari ini , aku hanya meninggalkan mereka terbang2 terus ke angkasa sampai x turun2 mengecewakan!! aku x hiraukan panggilan mereka , hanya terus membawa sekumpulan lagi pelajar melayar bahtera..... x yah nak bermadah sangat la mira oii hehe...umm aku biarkan tahun 3 yang x endahkan penerangan aku dlm klas, n aku terus tutup buku+senyap+merajok la hehe+ n terus aja tahun2, pertanyaan mereka x diendahkan "sory ustazah geram sangat ditambah pulak dg suare yg bagai nak hilang n perut yang hampir nak meragam "  .. ummm aku harap esok mood aku ok n depe x buat hal lagi ^__^. 
Ya Allah aku berharap kadamu kuatkanlah imanku, tingkatkanlah kesabaran hatiku.sesungguhnya mereka adalah amanahmu kepadaku untuk mendidiknya dengan penuh kasih sayang + ilmu yang bermanfaat. 

bab aty n perasaan??? umm x de pape lagi buat mase ni aku nak lupakan semuanya!! mulakan hidup baru.. utamakan kerja n blaja ... kawen?? umm ari ni aku just suarekan dlm keadaan bergurau "" abah cari la calon untuk org hehehe ikut aje" selesaikan ^__^....


Daripada 'Aisyah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Setengah daripada keberkatan wanita ialah mudah peminangannya dan mudah maharnya....”

No comments:

Post a Comment