Jika Allah mentakdirkan kita tidak berjodoh dengan orang yang kita SUKA.
Maka berdoalah suatu hari nanti Allah mengirimkan seseorang yang MENYUKAI kita.
Jika Allah mentakdirkan kita tidak berjodoh dengan orang yang kita CINTA.
Maka berdoalah suatu hari nanti Allah mengirimkan seseorang yang MENCINTAI kita.
Jika Allah mentakdirkan kita tidak berjodoh dengan orang yang kita DAMBA.
Maka berdoalah suatu hari nanti Allah mengirimkan seseorang yang MENDAMBAKAN kita.
Jika Allah mentakdirkan kita tidak berjodoh dengan orang yang kita RINDU sentiasa.
Maka berdoalah suatu hari nanti Allah mengirimkan seseorang yang MERINDUKAN kita.
Dan jika Allah mentakdirkan kita tidak berjodoh dengan orang yang kita SAYANG setengah gila.
Maka berdoalah semoga Allah mengirimkan seseorang yang dengan tulusnya MENYAYANGI kita.
Maka bersabarlah. Bukankah urusan jodoh adalah Hak Allah semata-mata ? Dan kita hanya sebatas meminta ? Dan terus berusaha tanpa mengenal putus asa? Yang pada akhirnya Dia jugalah penentu segala-gala nya.
Hidup ini penuh pancaroba.
Orang yang sabar sangat dicintai ALLAH...
tah kenape , beberapa hari ni hati aku berbolak balik , kejap kate A kejap kate B , tah kenape??tah mengape?? aku suke pada dia ke?? seriosly sape2 je yang tegok dia mesti suke, semua kawan2 aku yg pernah tengok dia mesti kate suke laa sampaikan yg ade tunang pon pernah cakap kat aku klau aku x tunang lagi unmm dah lame dah aku kwn ngn dia, tak yah cakap kawan2 la aku yang baru bberape kali terserempak dengan dia pon dah suke ni kan la yang selalu jumpe dia kan.., siapa yang dpat memiliki hati dia cukup bertuah laa. akhlaknye terpuji,pelajarannya tinggi,yang keluar dari mulut2 org disekelilingku semuanya memuji dia..ummm ..... kenape aku selalu teringat kat si diaa ni??? tp kalau terserempak "malu gile" sampaikan aku x nak g kedai dia takot2 dia ade umm padahal buknnye ade papepon kan , dia pon kenal aku camtu2 je heishhh asal ngn aku ni..
baru2 ni aku dpt berita yang mak dia x sihat tah kenape aku rase risau sangat, rase macam orang terdekat yang aku kenal padahal aku x pernah jumpe pon mak dia ,tp x kisahlah aku tetap doakan semoga mak dia berada dalam keadaan baik dan Allah menganugerahkan nikmat kesihatan yang baik kepada mak dia. insyaAllah..
harapan ??? harapan aku untuk menjadi bidadarinya tidaklah tinggi menggunung dan seluas terbentangnya lautan, tetapi hanyalah senipis kulit bawang. kerana aku merasakan dia selayaknya mendapat yang lebih baik daripada aku ^__^ jadi aku hanya mampu berdoa bukan menentukan sesungguhnya ajal maut ,jodoh pertemuan di tangan Tuhan "Allah"
aku percaya Allah akan memberikan yang terbaik, yang terbaik tidak semestinya yang kita mahu ataupun yang kita cita2kan juga tidak semestinya yang terpuji . tetapi ketentuan ini InsyaAllah akan menjadikan yang yang terbaik dan lebih baik.
ya Allah tetapkanlah imanku agar tidak terpesong dari akidahmu, aku bimbang aku mungkin nampak mulia di hadapan manusia, tetapi akulah yang paling hina di hadapan Mu .jadi Ya Allah dikau kuatkanlah imanku , tabahkan lah hatiku , bersihkanlah jiwaku ,tingkatkanlah kesabaran hatiku dan aku sentiasa mengingatkanMu
sesungguhnya aku hanya menunggu yang halal buatku.





No comments:
Post a Comment