Aku
khabarkan tentang cinta kepada kalian dan juga untuk tatapan diriku. Cinta
yang memang tidak pernah putus-putus.
Lantas kebahagian, cinta diraih lalu impian disulam bersemadi.
Tidak akan terputus dari susunan kata yang terungkap indah lalu
diikat rapi dengan terbuktinya melalui perlakuan sang pencinta itu
sendiri.
Keunikan Cinta.
Dengan cinta, suka boleh menjadi duka. Cinta juga, cuka boleh menjadi
madu yang manis.
Dengan cinta, impian bersama cuba digapai. Keburukan ternyata dilihat
menjadi amat menawan. Segala yang terungkap pada setiap
kata-kata yang manis.
Lalu kita membicarakan tentang cinta.
Di sini, didefinisikan makna cinta dan dikatakan setiap helaian kamus
anda akan menjumpai makna disebaliknya. Setiap jarak dari jasadmu kau
akan jumpa pengertiannya.
Bila kita berbicara tentang cinta seolah-olah kita arif bagai
kita yang mencipta segala cinta yang tercipta. Diungkapkan
madah-madah cinta seperti kita sang pujangga yang hebat?
Apakah cinta itu pada hubungan Adam dan Hawa dan kisah-kisah manusia
lantas hangat dibicarakan dengan dengan penuh kasih kononnya disaluti
bait-bait ilmunya.
Aku tidak mampu menjelaskan apa itu cinta tapi aku cuba fahami
melalui jelas sifatnya cinta itu sendiri.
Analogi cinta sebagaimana Iman, tersembunyi dalam hati
terbuktinya pada setiap tindakan dan kata. Pada setiap langkah
yang dipacakkan dan nafas yang dihembus.
Iman yang dipahatkan bersulamkan takwa dan hati seorang hamba.
Cinta Dipahat pada
Jalur Pengorbanan.
Sifatnya terukir pada sebuah pengorbanan. Pengorbanan yang dilihat
tidak ada jelas bezanya untuk sesiapa pun. Jadi cinta itu sebuah
pengorbanan lalu Juliet dan Romeo terkorban.
Majnun menjadi tidak waras dan gila kerana Laila. Cinta si ibu kepada
anaknya tidak terhingga untuk membesarkan anaknya dan seorang ayah
sanggup berhujan berpanas memberi kehidupan yang selesa kepada sebuah
keluarga.
Pada cinta itu wujudnya sebuah kenikmatan yang agung. Kenikmatan
Yusuf a.s. memilih kehidupan di penjara kerana dilihatnya nikmat
sebenar di sana.
Dan kerana cinta Rasul diutuskan dan diwahyukan setiap kata-katanya
daripadanya diambil untuk panduan dan bekalan kita semua.
Oleh sebab nikmat jugalah pejuang teragung Muhammad s.a.w. tidak
pernah berhenti berjuang.
Bicarakan tentang
Cinta.
Maka ada bezanya antara cinta sang jejaka dan Syed Qutb. Aku cuba
jelaskan bezanya di sini. Apabila kau baca lihat makna cinta,
lantas kau lontarkan hanya ada kepada seorang manusia.
Dan aku jarang mendengar tentang cinta teragung yang pernah dunia dan
isinya melihatnya.
Cinta yang dahsyat dipamerkan sebagai bukit kecintaan hakiki kepada
Penciptanya yang Agung.
Aku punya pendapat dan pandangan sendiri. Bagiku cinta itu
bezanya pada dasarnya.
Pada apa yang kita cuba usaha untuk pegangi.
Sebagai contoh Cinta Romeo dan Juliet dipegang pada dasar manusiawi.
Maka matinya Romeo, matilah Juliet. Begitu juga cinta Majnun dan
Laila, ditolaknya Laila cinta si Majnun, gilalah Majnun.
Dilihat pada situasi yang lain di mana cinta itu dihamparkan. Pada
segenap keindahan noktah Penciptanya.
Pada Dia Pemilik dan Pencipta cinta. Pada Dia yang
menganugerahkan setiap rasa dan pada naluri.
Maka Syed Qutb berdiri berani berhadapan ke tali gantung kepada
Tuhannya.
Dan kerana cinta itu pada kuncinya adalah satu, hanya kepada
Allah. Yang tidak terjangkau oleh masa.
Dia ingin berikan hadiah yang paling terbaik kepada Kekasihnya.
Hatta, nyawa, jasad, hartanya, kekuatannya dan segala apa yang
dimiliki olehnya adalah pinjaman daripada Pencipta.
Kekasihnya yang hakiki dan cinta abadi. Letakkan cinta pada
tempat yang seadil-adilnya.
Kembali aku kepada nilai kehidupan yang kujalani, lantas aku bertanya
adakah semuanya kulakukan bagai seperti apa aku katakan?
Adakah selama ini benar kuletakkan cinta yang agung pada
Tuhanku dan Nabiku?
Aku juga tidak membantah apatah lagi menentang kecintaan kalian pada
manusia kerana aku juga punya cinta itu pada hatiku.
Akan tetapi aku mahu aku dan kalian juga meletakkan cinta
pada tempat yang benar dan hak.
Itulah yang selayaknya kerana aku tahu cinta yang wujud dalam diri
adalah daripada cinta Penciptanya jua.
Cinta yang kekal selama-lamanya adalah cinta dari Dia.
Dia Maha Penyayang dan lagi Maha Mengasihani.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment