Tatkala Kau bertaut pada bungaan yang
berduri,
Janganlah sesekali Kau kasari dengan kerakusan hati,
Kerana
baginya itulah satu-satunya perisai diri,
Sebaiknya Kau belailah ia
dengan kasih sayang dan rasa takwa kepada Ilahi.
Wahai Sang Kumbang...
Janganlah sesekali Kau meleraikan kelopak
bunga yang sedang berkembang,
Janganlah sesekali Kau mencemarkan
bunga-bunga yang indah dipandang,
Janganlah sesekali Kau patahkan
ranting untuknya bertaut meneruskan kehidupan,
Janganlah sesekali Kau
menjadi kumbang yang cacat dan menjengkelkan.
Wahai Sang Kumbang...
Ingatlah kuntuman bunga-bunga ini
mendambakan kehidupan abadi,
Bukanlah kehidupan sejenak yang
menjanjikan kebahagiaan sementara ini,
Ingatlah bunga-bunga ini bukan
untuk santapanmu yang bernafsu berahi,
Tetapi bunga-bunga ini amanah
kepadamu untuk kau hayati dan hargai.
Wahai Sang Kumbang...
Kau bebas terbang dan bertaut di Bunga yang
kau dambakan,
Namun, perlu Kau ingat bukanlah nafsu yang
harus menjadi ukuran,
Cukuplah sekadar apa yang kau mampu untuk
hadamkan,
Semarakkanlah ia dengan baja-bajaan yang diamanahkan.
Wahai Sang Kumbang...
Janganlah dirimu terbang menghisap madu dan
berlalu pergi,
Usah bebankan hati Bunga yang tidak mampu terbang
tinggi,
Setialah di situ dan didiklah ia dengan kasih yang suci,
Semoga
Kau bisa menjadi Kumbang yang sentiasa dirahmati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment