Saturday, March 12, 2011

c!nTa....

cinta ini indah , cinta ini cantik ,& cinta ini molek. Walau banyak definisi diberikan dalam mentafsir cinta seperti ayat "cinta ku bukan di atas kertas". Misalnya, yang pasti cinta itu kurniaan itulah yang sangat hebat nilainya kerana cinta, manusia sanggup melakukan apa2 sahaja tidak mengira baik ataupun sebaliknya.ianya bergantung pada insan atau golongan yang dicintainya... oleh itu bercintalahkerana kita memang diciptakan Ilahidengan nikmat cintayang luar biasa hebatnya...
Kenapa ada cinta??Bagaimana menangani cinta yang luar biasa??dengan cinta terbina pelbagai institusi insani, keluarga, & masyarakat.cth, lahir dari liangcinta yang bercambah menjadi sebuah komuniti yang bertebaran menjamah alam ciptaan AllahS.W.T ini. Allah S.W.T maha sempurna, setiap kejadian yang diciptakannya pasti di iringi dengan bekal dan panduan. Doa sekali lagi memainkan peranannya dalam kita melayari bahtera cinta yang kadang2 boleh hanyut walaupun nakhodanya kelihatan ampun mendorongkan hambanya , yang seakan2 terpandu betul ke pangkal jalan . Cinta boleh dibayangi impian karut yang sebenarnya direka cipta oleh syaitan yang sesat lagi menyesatkan .

Terima kasih Tuhan atas cinta ini....
Terima kasih Tuhan atas rasa ini.....
Terima kasih Tuhan atas sayang ini....
Terima kasih Tuhan atas rindu ini......
Terima kasih Tuhan kerana menciptakan cinta untukku....
Terima kasih Tuhan kerana membibitkan cintaku untuknya....
Terima kasih Tuhan atas pertemuan itu.......
Syukurku atas anugerah ini..

Allah tidak pernah membezakan urusan doa hambanya , tanpa mengira besar atau kecil, cepat atau lambat , permintaan itu, semuanya Allah layan sama rata , ayuh teman2 berdoalah apa sahaja selagi ianya untuk kebajikan dan berlandaskan iman tiada tempat lain untuk manusia bergantung harapan selain dari iaNya yang satu ,ALLAH.


#utusan cinta buat yang bergelar Hawa..........

kepada mawar yang ku sayangi... telah tercatat nama seseorang di LuhMahfuz untuk kamu. telah Allah tentukan kamu bakal menjadi sayap kiri seseorang , namun kita tidak mengetahui siapa & bila kamu akan dipertemukan .... bersabarlah, kerana janji Allah itu pasti, . ketahuilah wahai temanku sayang...peribadi dirinya bergantung kepada ketinggian peribadimu Allah telah menyebut didalam AlQuran perempuan yang baik untuk lelaki yang baik ..apakah dirimu tidak pernah menyimpanhasrat untuk bersuamikan seorang soleh?? kerana itu berusahalah kamu menjadikan diri kamu wanita ungguldimata Allah sedaya upaya mengekang nafsu kata, pagarilah dengan sifat malu , iman & taqwa kepada Allah mujahadahmu tidak sia2 pasti kerana kau bakal dipertemukan dengan seorang Wira... temanku usahlah bazirkan masamu denganapa sahaja yang dimurkai Allah, usah biar keindahan lenggok manja, lunak suara kamu dinikmati oleh seseorang yang belum pasti menjadi pendampingabadi, soal hati & perasaan serahkan kepada Allah, memang prnat bermujahadah, tetapi balasannya pasti indah...

No comments:

Post a Comment