Saturday, March 12, 2011

aku anak terbela..

ayah palingkan wajahmu ke arah ku,
jangan dibuka pintu itu,
kerana sekali kau berlalu ,
patahlah sayap kananku....

ibu palingkan muka mu ke arah ku,
jangan kau gegarkan arashi Allah yang satu,
kerana sekali kau pinta hal itu ,
ranaplah sayap kiri ku....

ayah & ibu aku anak belum tahu..
apa itu tanggungan di bahu..
janji Allah......
aku bakal dijaga oleh mu..
tetapi tidak mangapa...
kalau hanya itu jalan yang kamu ada.,
aku pasrah dalam doa..,
bahawa janji Allah juga
aku.......
anak yang terbela.....
dan...
setiap dari kita bakal bersatu juga atas nama keadilan di sana.

No comments:

Post a Comment