Wednesday, January 7, 2015

Alhamdulillah, diatas kurniaan ini, masih diberi nikmat hidup bagi mengirup hening pagi yang bak haruman mawangi indah, syukur atas nikmat ini.. Alhamdulillah hari ini masih diberi peluang bagi mengisi dinding²  ini. Syukur atas nikmat yg diberi dari kecil higga dewasa kini melayari bahtera kehidupan dengan sangat teratur diselangi rasa nikmat kebesaran tuhan mengatur segalanya menjadi cantik bak kata² cinta..Aku sedar diri ini masih banyak kekurangan yg perlu atasnya bimbingn serta kata² hikmah dari sahabat sekalian, masih mencari masih mahu mencedok ilmu yg tidak habis dan tidak mungkin habis di atas muka bumi ini.Alhamdulillah diberi peluang oleh Allah merasa mencuba membantu sahabat² yang ditimpa bencana alam, kesempatan yg diberi kali ini amat aku hargai dam membawa aku lebih mengenalai kehidupan sebenar. Tiada apa kupinta dalam misi ni melainkan keredhaan abah tercinta yg mengizinkan aku terus melakukan kerja² amal seperti ini. Sisa² cuti persekolahan kini telah terhidu bahangnya, pendaftaran pelajar terus menerus rotib hari dini hari sehingga bertemu kita dengan penghujungnya di diharap aku lebih banyak sabar+sabar+sabar bagi menangani kecelotihan anak² kecil yang kanvasnya masih berseri ingin mencorakan dengN Lebih berwarna warni bak pelangi. Fitrah insani yg tidak disangkal lagi, mencecah umur 22 tahun ini lebih banyak dikongsi mengenai fitrah insani, hanya mendegar sahabat² melucur kata, hanya memberikan pendapat yang mampu diterima, untuk aku berkongsi mungkin belum saatnya lagi kerana aku belum pasti apakah kejujuran yg keluar dari kata²ku selaras apa yg ada di hati ini & apa yg aku boleh tegaskan disini mungkin tidK lagi membiarkan hati ini berharap, mungkin tiada lagi sekumit harapan menginggap mungkin juga cuba  memberi peluang kepada yg menanti dan aku peraya akan cepat pengakhirannya... Harapan dini hari tiada lagi penelokan demi penolakan yang aku berikan kepada yang membawa hajat, tiada lagi bermasam muka apabila berjabat, tiada lagi kekecewaan yang mendapat.. Semoga dipermudahkan segala urusan hidup dan matiku.
#harapantidaklagiditolakbagiygsefikrah.

No comments:

Post a Comment