Monday, October 14, 2013

BERHIJRAHLAH LILLAHITAA'LA..kerana mati tidak menunggu kita


Aku masih lagi mencari jalan yang sebenar2nya mnuju keredhaan Ilahi..jika bertudung labuh itu memang boleh menahanku dari rasa malu dan bertabarruj(berhias2)..maka aku pilih itu..biarlah aku tidak dipandang cantik,tapi aku ingin sekali menjadi sebutan penghuni langit sebagaimana saidatina Fatimah R.A, ketua bidadari di syurga..

Aku tidak tahu pandangan mereka tentang diriku..kerana aku  masih mengejar dan mencari ilmu..kerana aku tidak sebaik yang kamu sangkakan maka aku memilih menahan diri dari nafsu dengan ber Tudung Labuh .aku hanya wanita biasa yang inginkan keselamatan maruah dan lebih terjaga dari gangguan ajnabi..aku memilih untuk menjadi wanita yang tidak memandang dan tidak pula dipandang..biarlah aku kekal begini..

Janganlah memandang aku dengan pandangan yang terlalu tinggi untukku..sungguh aku sangat takut dipandang mulia,sedangkan diriku hamba yang hina..jangan pula ada yang memandang kerana aku ingin riak dan menunjuk2 bahawa akulah wanita solehah..sesungguhnya kesolehan itu bukan nilaian kita..itu hak Allah..

Aku akan tetap begini..mudah-mudahan pakaianku ini menjadi inspirasi wanita di luar sana untuk mula berhijrah ke jalan yang lebih mulia disisiNya..tinggalkan pakaian seksi kamu,kerana seksa mata yang memandang,seksa lagi azab Allah..
Ingatanku buat kamu wanita..hiasilah dirimu dengan pakaian taqwa..tidak ketat,labuh melepasi punggung,tudung menutupi dada,memakai stokin dan sarung lengan..alang2 kamu wanita biarlah sempurna dengan tuntutan syara'nya kerana sabda nabi..wanita adalah penghuni teramai di dalam neraka...ingatlah saudariku..kita kini berada di ambang pengakhiran..hidup ini tidak kekal selamanya..apakah persediaan kita..? .perbetulkanlah apa yang salah..berusahalsh melawan nafsumu itu sebagaimana aku cuba lakukan..kamu pasti boleh..

BERHIJRAHLAH LILLAHITAA'LA..kerana mati tidak menunggu kita


 YA ALLAH DIKAU KUATKANLAH DAN TETAPKANLAH IMAN KU, DIKAU TINGKATKANLAH AMAL KU.

No comments:

Post a Comment