Wednesday, May 15, 2013

i love my mother

# kembali kerahmatullah pd 6/4/2009#

Oh! Ibu


Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
Ibu...

semoga arwah emak mira  ditempatkan di tempat2 org yg beriman n beramal soleh, sememangnya kasih sayang  n kenanggan bersamanya x akan pernah hilang dlm diri mira , walaupon secara zahirnya ia telah tiada tp dia sentiasa ada dalam hari2 mira  jd apa yg mira buat setiap hari mira akan ingatkan nya  tidak dilupakan juga doa2 yg tidak putus2 semoga  ruhnya  di cucuri rahmat.. 
dia adalah ibu yg terbaik tiada gantinya ,penyayang,tabah ,kuat semangat,  pendengar yg setia, penasihat yg aku sanjung , seorang yg sangat penyabar n pemaaf , yg taat , yg ingin memenuhi setiap kehendak anaknya, menghargai setiap yg dimiliki.  

ibu Menggenggam jari-jari kecilku ketika itu ikatan ini tidak kan terurai kerna tautan iniTautan darah dan akidahDan rahmat dari Allah
Dodoianmu ibu, membina benteng pemisah antara yang hak dan yang batil
Membakar semangat perjuangan,Mengait kasih pada Junjungan tercinta ,Tersujud lemah mengabdi diri
Kepada yang Esa


Jika belum pernah Kau dengar ucapan terima kasihkuKetahuilah doaku ini Moga Tuhan menyayangimu
Seperti mana kau mengasihikuDari dulu hingga kiniUntuk selama-lamanya ibu engkaulah ratu hatiku..

aku berharap aku dapat menjadi sepertinya walaupon aku tahu aku tidaklah sekuat dan  setabahnya,
setiap dugaan n cabaran yg singgah sebentar ke dalam perjalanan hidupku  ini , telahpon dilalui oleh ibuku terlebih dahulu malahan ianya lebih mencabar dr ku ,  jadi ia mmbuatkan aku lebih tenang dalam menempuhinya 
ya Allah kau redahilah kehidupan ibuku serta diriku di dunia dan diakhirat sana..
jadikanlah kami bidadari syurga.amin

ps:// bagi sahabat2 yg masih mempunyai ibu hargainyalah ia sayangilah ia n kasihanilah ia  sementara ia masih ada hormatilah ia.bagi yg baru kehilangan ibu , bersabarlah sesungguhya Allah lebih menyayanginya n ingat Allah tidak akan menguji hambanya kalau ia tidak mampu, jangan cepat melatah sesungguhnya kita sedang di uji . jangan dilupakan juga doa yang tidap ptus2 kepada kedua ibu bapa tidak kiralah masih hidup mahupun sudah tiada. kerana apabila matinya anak adam <manusia> akan terputus semuanya kecuali 3 perkara iaitu ilmu yb bermanfaat , sedekah jariah, doa anak yg soleh.

teringat mira akan satu hadis yg mana seorang sahabat menayakan kpd baginda rasullullah
siapakah manusia yang patut aku layan sebaik baiknya?: iaitu ibumu, lagi siapakah yg harus dihormati ?; ibumu ,lagi sapakah yg harus dihormati ?: ibumu kemudaia ?:ayahmu.

Menghormati ibu bapa adalah tidak kira siapa mereka, walau apapun sejarah mereka dan taraf mereka. Mereka tetap mulia. Dan kita sebagai anak perlu menghormati dan memuliakan mereka walaupun mereka adalah pelacur sekali pun. Tidak menghormati mereka bermakna kita adalah anak derhaka.
Seperti Hadith di bawah ada menyebut :
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.”
(Hadits riwayat At-Tirmidzi)
Lihatlah betapa besar nya martabat ibu bapa yang telah banyak jasanya membesarkan kita dari kecil hingga dewasa. Pengorbanan yang tiada mampu kita terbalas walaupun dengan apa pun yang kita lakukan apatah lagi dengan wang ringgit.
Bersamalah kita menghormati ibu bapa kita, bersama kita mendoakan kesejahteraan mereka. Selagi ibu bapa kita masih bernafas, hormati dan berbaktilah mereka. Jangan menyesal apabila sudah terbujur kaku jasadnya. Kerana ketika itu tiada lagi yang dapat kita lakukan kecuali berdoa.
seperkara lagi perlu di ingatkan :
Menderhaka kepada kedua ibu bapa merupakan dosa yang besar dan sangat dimurkai oleh Allah. Perkara ini diberikan contoh yang lebih mendalam dan lebih kecil sehingga kepada perkataan dan ucapan seharian.
Allah melarang anak-anak melawan ibu bapa mereka dengan nada yang kasar yang boleh menyentuh hati seperti perkaaan ‘ah’, ‘cis’, ‘uh’ dan sebagainya. 
semoga ianya bermanfaat untuk kta semua insyaAllah ~_^ mira ramli




No comments:

Post a Comment