Wednesday, March 6, 2013

teguran...

Menerima teguran itu pahit awalnya, insyaALLAH manis hujungnya. Kemanisan atas keberhasilan merubah atas sesuatu yang ditegur. Dan perubahan bukan atas sebab orang yang menegur, tetapi semuanya kerana ALLAH. 
Namun, atas nafsu yang namanya amarah, penerimaan pada teguran itu pada awalnya tersasar dari kewarasan. Kita terguris, menangis dan pasti mempersoal. Hati yang terguris pasti merasakan teguran itu tidak adil, bias atau kontra dengan si penegur. Nafsu amarah memaksa diri salah meletakkan teguran lalu menentangnya.~_^ bagi diriku  Cukupkah dengan hanya mengakui kelemahan dan kekurangan yang telah ditegur, dengan harapan orang akan menerima kita seadanya? Sedangkan ALLAH menjadikan kita sebaik-baik kejadian yang mempunyai akal untuk bermuhasabah, yang mempunyai iman untuk menggerakkan diri untuk berubah.Satu tindakan lengkap adalah apabila kita sedar kita insan lemah, maka kita akan mula menggerakkan minda & hati untuk bermuhasabah, kerana kita tahu hanya ALLAH lah yang maha sempurna. Seterusnya, kita berusaha untuk berubah akan kebaikan, kerana bukan lain hanya kita mahu pulang kepada ALLAH sebagai sebaik-baik hamba-Nya. Dan baru akhirnya kita bertawakkal sementelah usaha kerana kita tahu bahawa ALLAH lah letaknya segala ketentuan. 

terima kasih sesangat2 kepada kawan2  yang menegur aku dr dulu sampai sekarang mmg pd perigkat awal teguran itu seperti bom atom yg meletus di hadapan muka tetapi setelah bermuhasabah setiap yg dikatakan itu ade betulnya so apalagi jom berubah ke arah kebaikan ...sebenarnya yang menegurku itu niatnya baik dia kasihi akan diriku .... teringat akan satu teguran setahun yg lepas semasa begelar pelajar stam "kawan : mira tudung  hang pendek la, baju  n bla.bla.bla.... masa tu hanya mampu senyum n berterima kasih atas teguran ttp dl hati rasa macam dihiris2  , menjerlang malam bermuhasabah kembali mungkin ada betulnya apa yg diperkatakan kawan ku itu so berubah la ke arah kebaikan be strong mira hee~~ setiap teguran itu sebenarnya berniat untuk membawa kita ke arah kebikan bukan  untuk menjatuhkan think positiv
MUHASABAH DIRI...
Berubah bukan mudah namun istiqamah lebih payah.
Mengaku beriman itu semua mampu, benar-benar beriman itu hanya Allah yang tahu.. ~_^
yaAllah istiqamahkan lah diri ku ini atas setiap apa yang aku mulakan~amin

No comments:

Post a Comment