HIKAYAT ADAM & HAWA...>>
Dari segumpal tanah menjadi seketul daging
Dari sebatang rusuk menjadi sesusuk tubuh,
Adam & Hawa bersatu di syurga,
Terpisah di dunia,
Walau berabat di jarak waktu,
Dengan izinNya pasti akan kembali bertemu...
Larian Kasih Hajar a.r...>>
Ketika anak meraungkan tangisan ,
Hati ibu tidak keruan ,
Berlarilah Hajar dari safa ke marwah,
Mencari petunjuk bantuan Allah,
Hentakan kaki menerbitkan air,
penghilang dahaga & kering di bibir
Hajar...hikayatmu merentas kurun,
Menjadi ingatan turun temurun...
Maryam si perawan suci...>>
Akan tumbuh benih,
Tanpa air yang menyiram?
Akan mekarkah bunga
Tanpa cahaya suria,
Maryam ...... engkau jadi pilihan Allah
Membuktikan kudratNya yang maha kuasa.
Rahim Aminah binti Wahab Kandunkan hikmah...>>
Semulia-mulia rahim,
yang mengandungkan bayinya ,
semulia - mulia wanita ,
yang mengandungkan rahmat,
tidak akan terulang lagi didalam hikayat ,
Kisah laksana Aminah bt Wahab,
Ibu pembawa berkat...
Lagenda Cinta Khadijah...>>
Ketika dia keseorangan,
Engkau menjadi teman,
Ketika dia disisihkan,
Engkau setia di sisinya,
Ketika dia terbuang,
Engkau tetap menyayanginya,
Ketika dia kebuntuan,
Engkau menjadi petunjuk jalan,
Wahai Khadijah...
Cintamu menjadi lagenda..,
Pengorbanan Saudah...>>
Wahai Saudah......
Engkau utamakan yang lebih utama di hati baginda,
Walau dirimu berendam air mata,
"Wahai Rasullullah
Biarkanlah aku terus menjadi isterimu,
Kerana kedudukan itu,
Lebih mulia dari seorang janda"
Fitnah Aisyah dibela Allah..>>
Khabar al-ifqi satu titik pemula,
Telah mencalar kebahagiaan ,
Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa,
Insan yang mulia atau sahaya,
Hatta dirimu ummahatul mukmin
Yang setanding al-mukatsirin
Hafsah bt Umar Menyatukan Helaian Wahyu..>>
Hafsah...
Dalam kelemahan sebagai manusia,
Masih ada ruang memohon ampunNya,
Kau satukan helaian wahyu,
Kalimah yang agung
Menjadi lembar pedoman turun temurun....
Kisah Zainab bt Khuzaimah kpd si Fikir...>>
Wahai ibu orang-orang miskin,
Hatimu diciptakan Allah terlalu belas
Kasihmu tertumpah pada yang fikir
Simpatimu terlimpah pada yang dhaif
Kesabaran Ramlah Diganjar Allah..>>
Iman & taqwa ini,.
Begitu menusuk jiwanya,
Hingga pujukan ayahnya ,
Gagal melenturkan hatinya
Ayahnya musyriq
Suaminya nasrani
Wahai Ramlah,
Kesabaranmu diganjar Allah,
Ayahmu menjadi muslim
Dan suamimu kini Rasulullah.s.a.w..
Zainab bt Rasulullah Di antara Dua Cinta..>>
Di kiri kekufuran di kanannya iman ,
Di sisi suami di hati seorang ayah
Diantara hukum dan diantara cinta
Berdirinya dikau di tengah-tengahnya,
Bukan mudah menjadi anak Rasulullah
Ketika suami mu masih jahiliah..
Fatimah Az-Zahraa' Bunga Syurga..>>
Dia bagaikan wangian bunga di syurga,
Mekar di hati ayahanda
Harum di hati umatnya
Siapa yang menginginkan pasangansemulia Ali
Jadilah bunga,
Seindah Fatimah Az-Zahraa'
Singgahsana Balqis..>>
Manalagi nak ditemu hikayat,
Kisah Balqis & Nabi Sulaiman
Disinarkan cahaya pada jahil Sang Ratu ,
Dan didalam cahaya mereka bersatu..
Haruman Masyitah..>>
Siapakah yg dapat melupakan haruman Masyitah?
Wangian dari minyak yg panas mendidih,
Menyambut pengorbanan Masyitah & keluarganya ,
Sebelum disambut oleh wangian Syurga...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment