"SEKADAR RENUNGAN BUAT INSAN YANG BERGELAR WANITA
KETAHUILAH BETAPA ISTIMEWANYA MENJADI WANITA.
BETAPA BERTUAHNYA MENJADI WANITA.
BERSYUKURLAH KERANA MENJADI WANITA."
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki.
Sabda Rasulullah :"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh .
3. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali .
4. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh .
5. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya .
6. Sesiapa yang membawa makanan kepada keluarganya , maka pahalanya sama seperti bersedekah . Hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelakinya . Maka sesiapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7.
8. Sabda Rasulullah SAW :"Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku di dalam syurga ".
9. Sesiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan tanggungjawab, maka baginya adalah syurga .
10. Daripada Aisyah r.a :"Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka".
11. Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.
12. Apabila dua orang ibubapamu memanggilmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Seorang wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga . Masuklah dia dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
14. Seorang wanita yang mentaati suaminya (serta menjaga solatnya dan puasanya), semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan akan beristighfar untuknya selama dia mentaati suaminya dan meredhainya .
15. Aisyah r.a berkata :"Aku bertanya kepada Rasulullah SAW siapakah yang lebih besar haknya terhadap seorang wanita ?" Jawab baginda , "suaminya"siapa pula yg berhak terhadap seorang lelaki?jawab Rasullullah "ibunya".




No comments:
Post a Comment