analisa........
analisa.....diri
adakah mengucap kalimah syahadah,
solat 5 waktu , puasa zakat
pergi ke mekah tunaikan haji,
tidak dikira muslim sejati.
sedangkan sembahyang tiada kehusyukan,
puasa dikerja banyak kekurangan,
keluarkan zakat kerana terpaksa,
tunaikan haji tuk pangkat dan nama,
analisa...
analisa...
adakah islam sempurna...
kita mengaku adanya tuhan,
namun larangan tetap dilakukan,
ada malaikat kiri & kanan,
tidak di endah akan kehadiran ,
percaya rasul & para nabi,
sunah mereka tidak dituruti,
qurqn di baca tiada penghayatan,
intipatinya tidak diamalkan.
hidup akhirat engkau yakini ,
masih mengejar nikmat duniawi,
qada & qadqr telah ditentukan,
ditimpa musibah ..................
hilang reda & kesabaran...
analisa.........
analisa.....
adakah iman kita sempurna
sahabat2ku yang disayangi......
mahluk termulia dimaya pada
kerana tinggi iman & taqwa
tapi sekiranya ia tiada !!!
tanyalah diri????
cari jawapannya
analisa....setinggi manakah takwa kita ?
analisa...semulia manakah kita?
analisa... ADAKAH KITA HAMBA KEPADANYA...




No comments:
Post a Comment